MEMBER

Ahad, 29 Julai 2012

MENGENALI ILMU ALLAH YANG MAHA KUASA


MENYEDIAKAN RAWATAN @ PERKHIDMATAN :
ü  KHIDMAT KAUSELING
ü  PENYAKIT MESTERI @ KRONIK
ü  MASALAH GANGGUAN JIN
ü  MASALAH SANTAU@ SIHIR DAN LAIN2
ü  HISTERIA
ü  PEMULIH SEMANGAT @ JIWA
ü  BISA-BISA BADAN ( LENGUH-LENGUH SENDI DAN BISA BUATAN ORANG )
ü  PENUNDUK @ PELARIS @ PENGASIH
ü  PEMBANGKIT SEMANGAT NAFSU TERKUNCI
ü  URUTAN TRADISIONAL LELAKI DAN WANITA SERTA URUTAN SARAF
ü  MEDITASI SLAT ( RAWATAN GARAM )
ü  MANDIAN PENYERI WAJAH ( LAHIRIAN & BATINIAH )
ü  MASALAH ANAK-ANAK
ü  MOTIVASI DIRI
ü  PEMULIH RUMAH @ PAGAR RUMAH @ PAGAR PREMIS

KAEDAH PERUBATAN :
v  DOA MUSTAJAB
v  AYAT-AYAT AL-QURAN
v  TERAPI SYAHADAH – TERAPI FATIHAH – TERAPI QURSI
v  TENAGA ALAM
v  MANDIAN BUNGA @ LIMAU ( PETUA ORANG MELAYU )
v KAUNSELING

JENIS KURSUS DISEDIAKAN :

(1) KURSUS TENAGA KEROHANIAN (IBU GAYONG)
(2) KURSUS ASAS PERUBATAN
(3) KURSUS LANJUTAN ASAS PERUBATAN
    [BAGI YANG BERMINAT MENJADI PENGAMAL PERUBATAN]
(4) KURSUS URUTAN ASAS DAN LANJUTAN


UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :
CALL @ SMS UTK MAKLUMAT LANJUT


http://pusatrawatandarmawulan.blogspot.com/

Isnin, 7 Mei 2012

.: MEDITASI ISLAM :.




Assalamu`alaikum wbt
Bagaimana Anda Mampu Mencapai Kejayaan Disamping Mempunyai Ketenangan Jiwa Dan Empangan Tenaga Tidak Terbatas Hanya Melalui Teknik Meditasi Yang Mudah & Praktikal Serta 'Powerful'
Meditasi Islam - Kaedah Spiritual Untuk Meraih Kejayaan Duniawi


Untuk menjadi insan yang berkualiti zahir dan batin, seseorang itu perlu menyucikan diri dari kotoran rohani serta fikiran yang kotor dan merosakkan. Namun tiada apa yang mampu dilakukan oleh seseorang itu secara langsung walaupun beliau seorang yang berjaya dalam banyak bidang namun ramai diantara yang berjaya itu kehilangan sesuatu iaitu jiwa yang mantap serta bahagia yang sempurna. Ini kerana seandainya sesuatu dilakukan secara langsung untuk mencapai ketenangan jiwa, minda akan turut campur tangan. Minda tidak akan sama sekali memberi laluan untuk ketenangan jiwa. Secara tidak langsung minda adalah suasana bising yang sering menghadang seseorang itu dari mendengar suara jiwa. Hasilnya mereka akan selalu merasa tiidak aman dan cenderung melakukan kesalahan terutamanya dalam membuat keputusan. Ketenangan itu bukan keadaan minda tetapi sebenarnya ialah keadaan jiwa yang mendalam. Justeru, mereka yang mengaku mencapai ketenangan minda belum tentu mencapai ketenangan jiwa tetapi mereka yang mencapai ketenangan jiwa sudah pasti mempunyai minda yang positif dan bertenaga. Semakin dalam ketenangan jiwanya seseorang itu, semakin tinggi kesedaran serta kewaspadaannya dan semakin bermutu hidupnya. Meditasi juga merupakan satu kaedah untuk mengatasi kekuatan nafsu dan seterusnya mengatasi kehedak nafsu. Apabila nafsu menyelubungi kehidupan seseorang maka hidupnya akan tidak tenteram dan keinginannya bertambah. Keinginan yang tidak dipenuhi membawa seseorang itu kepada tekanan.
PERANG YANG PALING BESAR ADALAH PERANG MELAWAN NAFSU YANG TERLETAK ANTARA DUA LAMBUNGMU” hadith
Setiap manusia telah diberi kesedaran super sedarnya. Meskipun begitu tanpa tunjuk ajar serta sistem yang betul-betul efektif, mencapai keadaan super sedar itu tidak mampu dicapai serta kehebatan super sedar itu tidak dapat dikupas. Meditasi merupakan satu kaedah yang mudah untuk mencapai keadaan super sedar, apatah lagi dalam meditasi sebenar seseorang itu akan dilatih tentang konsentrasi yang mudah dan jitu serta kesedaran super sedar dan kesedaran bawah sedar.. Minda mengandungi gelombang fikiran yang menyebabkan seseorang menjadi tidak tenang dan sentiasa berfikir. Jika gelombang-gelombang ini diseimbangkan maka minda akan tenang dan senyap dan kegembiraan sejati akan dirasai. Untuk merendahkan gelombang itu memerlukan minda super sedar dan bukan bawah sedar. Ramai yang gagal dalam bermeditasi kerana mereka melakukan meditasi menggunakan minda bawah sedar. Kajian di barat telah membuktikan 33% hingga 50% mereka yang melakukan meditasi tanpa teknik yang betul akan mengalami peningkatan dalan tekanan darah, stress, kemurungan serta mudah baran. Maka jika anda benar-benar ingin mendalami meditasi, pastikan anda dilatih oleh mereka benar-benar mahir dan berpengalaman serta mampu memberi penjelasan untuk setiap keadaan. 

Isnin, 23 April 2012

MANDI LAHIRIAH DAN BATINIAH



Bila Anda Menghadapi Pelbagai Masalah Yang Mengganggu Kehidupan Anda, Maka Anda Perlu Membersihkan Diri Secara Lahiriah Dan Batiniah.
Rawatan Ini Mengambil Masa 3 Jam. Setelah Selesai, Terpancarlah Nur Dan Aura Yang Luar Biasa Serta Bebaslah Dari Semua Masalah Dibawah…..
Insyaallah…..

· Bila Sering Ditipu Orang
· Pelaris
· Pengasih
· Penyeri Luaran Dan Dalaman
· Tidak Berjaya Dalam Banyak Perkara
· Sering Dikhianati
· Sering Sakit Tanpa Sebab
· Sering Buntu Dalam Menyelesaikan Masalah
· Terkunci Pintu Rezeki
· Sukar Mendapat Jodoh
· Lemah Semangat
· Tiada Keyakinan Diri
· Sering Berasa Cemas Dan Gelisah
· Keinginan Tidak Puas
· Sering Ditindas
· Suami/Isteri  Jemu Bila Bersama.
· Masalah Rumah Tangga
· Dll

Firman ALLAH SWT :
"Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

JIKA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN perkhidmatan
RAWATAN INI TIDAK BERCANGGAH DENGAN AKIDAH ISLAM
“ RASA DAN NIKMATI SENDIRI “

GANGGUAN MAKHLUK HALUS FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN



A) Berpunca Daripada Jin

Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
B) Berpunca Daripada Manusia

Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:

Terlalu marah.
Terlalu takut.
Nafsu syahawat yang tinggi.
Manusia yang lalai.
Jahil

Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
TANDA-TANDA GANGGUAN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:

Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
Mimpi buruk yang menakutkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
Mimpi melihat makhluk halus.
Mimpi melihat salib atau gereja.
Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).


b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:

Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
Hilang ingatan (Gila).
Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
Lesu dan malas.
Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
Lenguh sendi-sendi.
Melihat sesuatu yang pelik.
Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
Jiwa lemah dan mudah mengalah.
Selalu mengantuk.
Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
Mudah marah dan panas baran.
Hilang darah.
Agresif dan bertindak liar.

HUBUNGI KAMI JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI DIATAS..
019-3757338 @ 019-6357684.
INSYAALLAH KAMI AKAN MEMBANTU

Ahad, 22 April 2012

RAWATAN MENYELURUH....

RAWATAN BERKELOMPOK....

SUMPAH PENDEKAR MELAYU!!!




TUJUH PETALA BUMI,
TUJUH PETALA LANGIT,
DARI GUNUNG KE LEMBAH CURAM
DARI SUNGAI KE LAUTAN BERGELOMBANG,
KEMBARA ADALAH SETIA PADA SUMPAH,
KEMENYAN DAN SETANGGI PENYERI KEHADIRAN KITA
WARISAN BERKURUN DARI DATO LAKSAMANA,
DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITULAH LANGIT DIJUNJUNG

SUMPAH PENDEKAR,
PANTANG BERUNDUR WALAU SETAPAK
PANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
PANTANG DERHAKA PADA TITAH
PANTANG KERIS DIPINGGANG KALAU TAK BERANI MATI,
BERDENTUM GURUH DI LANGIT,
MEREKAH BUMI DIPIJAK.
PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK

PULANGKAN PAMOR PADA KERISNYA, 
PULANGKAN SIREH PADA GANGGANGNYA,
PULANGKAN MAHKOTA PADA WARISNYA,
PULANGKAN COKMAR PADA LAKSAMANA,
PULANGKAN LANGKAH PADA GELANGGANG,
PULANGKAN SUMPAH PADA PENDEKAR,
PULANGKAN ROHANI PADA JASMANI,
PULANGKAN BANGSA DAN MARTABAT,
SUMPAH BUKAN CUMA DIBIBIR,
GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG,

BUMI WARISAN INI,
TANAH TUMPAH DARAH KITA,
MASIH MENUNTUT SEMANGAT YANG BELUM TERTUNAI,
PRIBUMI BUKAN SEKADAR GELARAN TANPA MAKNA,
KITA ADALAH ANAK WATAN,
DARAH YANG MENGALIR DI TUBUH KITA,
SEMERAH DARAH SI JEBAT YANG TUMPAH DI BUMI MELAKA,
SEMERAH DARAH SI JEBAT MELEKAT DI TAMING SARI,
SEMERAH DARAH SI JEBAT YANG TERCALIT DI KENING HANG TUAH,
SEMERAH DARAH HANG NADIM YANG TERHUMBAN DI LAUT TEMASIK,

DAN KITA MASIH DI SINI,
MENDEPANI HARI-HARI YANG SEMAKIN MENCABAR,
KEUTUHAN TEKAD YANG KENTAL,
SUMPAH KERAMAT SEORANG PENDEKAR,
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA,

~~~BERSATULAH WAHAI ANAK BANGSAKU~~~~ —