MEMBER

Selasa, 20 Mac 2012

BEKAM MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT


Rawatan bekam di dalam Islam sudah terkenal sejak 1400 tahun yang dahulu.Khasiatnya begitu banyak sekali untuk merawat penyakit.Di antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat seperti:

1.Migrain/Sakit Kepala/Pening

2.Darah Tinggi/Hypertension

3.Gaout/Uric asid tinggi

4.Alergi/Gatal-gatal badan

5.Kencing Manis/Diabetes

6.Sakit Badan/Sakit pinggang /Kebas-kebas badan

7.Sakit Saraf

8.Lumpuh
9.Lemah tenaga batin
10. Sakit buah pinggang
11. dan lain-lain

Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadist Nabi S.A.W yang Mafhumnya:



"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut.Kapilari-kapilari dari perut pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati,paru-paru,jantung,kelenjar-kelenjar,otak,organ pencernaan,ginjal,organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.

Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.

Terdapat 2 jenis bekam

1.Bekam Kering/Angin - Pembekaman dibuat pada tubuh badan tanpa sayatan .Darah kotor tidak keluar dari permukaan kulit cuma angin dan air sahaja yang keluar dari badan.   

2.Bekam Basah/Darah - Pembekaman dibuat dengan sayatan,darah kotor,air dan angin akan keluar dari permukaan kulit.Tubuh badan akan terasa lebih segar dan cergas.

Berbekam Para Sahabat ketika berpuasa

Al-Hafiz menerangkan dalam kitab Al-Fath:Jumhur para ulama megatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam dengan syarat badan yang kuat untuk dibekam.Bila badan menjadi lemah lalu pitam dan muntah maka batallah puasa.

Sandaran Hadith:Dalam Shahih Bukhari bab kitabus saum,disebutkan:Bakir berkata dari Ummu 'Alqomah R.Anha ,"Dahulu kami pernah berbekam di hadapan 'Aisyah R.Anha bersama anak-anak saudara 'Aisyah maka kami tidak dilarang oleh beliau sedangkan saat itu kami sedang berpuasa".Kejadian ini telah berlaku dirumah 'Aisyah sendiri selepas kewafatan Rasullullah S.A.W

RAWATAN JARAK JAUH DAN TANPA SENTUHAN



Jika Anda Tinggal Jauh Dari Lokasi PUSAT RAWATAN DARMAWULAN Tetapi Berhajat Untuk Mendapatkan Rawatan Daripada Pihak Kami, Anda Boleh Hubungi Kami Untuk Rawatan Secara Jarak Jauh.

Walau di mana anda berada samada di Malaysia atau di luar Malaysia. Insya Allah kami akan membantu merawat anda secara jarak jauh.
Ikuti langkah-langkah berikut:
2. Tunggu balasan emel dari kami atau bergantung atas perbincangan melalui FB EMAIL atau BLOG...
3. Setelah itu buat bayaran Fidyah rawatan mengikut jumlah sesi rawatan atau mengikut apa yang telah dipersetujui.

Khamis, 15 Mac 2012

Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan




Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-
A ) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.
Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
  • Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
  • Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.
  • Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.
  • Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.
B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.
Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.
Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "
C) Tanpa Menurun / Menyelap.
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-
  • Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.
  • Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.
D) Membelah Batin.
Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.
Sebenarnaya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-
  1. Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
  2. Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
  3. Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
  4. Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.
Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya.

Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir




Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti brikut :-
  1. Pemujaan Kubur
    Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.
Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.
  1. Keris, Lembing dan Limau
    Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.
Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.
  1. Ancak
    Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.
  2. Sanggu
    Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemenyan dan di baca mentera atau jampi tertentu.
Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.
  1. Sangkak
    Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemenyan dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.
Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.
  1. Pemujaan Tanduk Kerbau
    Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.
Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.
Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

Sihir Dalam Masyarakat Melayu




Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
  • Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
  • Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
  • Polong : Bagi menghisap darah mangsa
  • Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
Jenis-Jenis Sihir

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak
 za'farandan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang

Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

JENIS-JENIS JIN DAN KUMPULANNYA.......


See full size image
Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-
  • Kumpulan yang menunggu kubur
  • Kumpulan yang menunggu gua
  • Kumpulan yang menunggu mayat
  • Kumpulan yang menunggu air mata air
  • Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.
Pemimpin-Pemimpin Jin

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
  • Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
  • Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
  • Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
  • Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
Jenis-Jenis Jin

  1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
  2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
  3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
  4. Al-Afrit - Penipu-penipu
  5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
  6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
  7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
  8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
  9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
  10. Al-Ummaar - Pemakmur.
Anak-anak Iblis Yang Mempunyai Kerajaan Yang Besar

  1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
  2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
  3. Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan

.: SEBAB JIN MASUK KE TUBUH MANUSIA :.


Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.
Cara-Cara Masuknya Jin ke dalam Tubuh Manusia

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala".
 ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

Isnin, 5 Mac 2012

URUTAN BATIN ( MATI PUCUK )

TEWAS DIRANJANG....
TERLALU KECIL.....
TERLALU CEPAT.....
SERING LETIH...
TIDAK SEPERTI LELAKI NORMAL...
ISTERI SELALU BERSUNGGUT.....

JIKA ANDA MENGALAMI MASALAH TENAGA BATIN HUBUNGI KAMI SEGERA...
KAMI PAKAR DALAM MENGURUSKAN MASALAH RUMAH TANGGA....
"JANGAN TERLEWAT DALAM MENDAPATKAN RAWATAN SECARA ISLAM..TANPA SENTUHAN

RAWATAN SIHIR



RAWATAN SIHIR
Petanda terkena sihir ialah kerap bermimpi binatang berbisa seperti ular,kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi lalu terjaga,kerap mengigau,kerap sakit tulang belakang tanpa sebab klinikal,kerap sakit pinggang selepas asar tanpa sebab klinikal,kerap sakit dada selepas asar tanpa sebab klinikal,sering rasa berdebar-debar,terdengar satu bisikan menyuruh melakukan perkara buruk,sering bergaduh suami isteri walau hanya perkara remeh temeh,tiada keinginan melakukan hubungan kelamin antara suami isteri walhal baru berkahwin,zakar suami tiba-tiba layu ketika ingin berjimak,sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali,kerap ditindih ketika tidur,kerap bermimpi melakukan hubungan seks,banyak halangan dalam hal jodoh,kerap mendengar seperti bunyi guli jatuh diatas syiling,kerap mendengar seperti ada orang menarik perabot diatas rumah,mudah panas baran,terlalu sensitif,nafsu songsang, badan kelesuan,darah haid turun lebih 15 hari,berbulan-bulan tidak datang haid,mandul,ketumbuhan ganjil pada badan,ada kesan lebam-lebam pada badan ketika bangun tidur, kerap melihat kelibat makhluk halus/lembaga dirumah,gigi berlaga ketika tidur.

DENGAN KELEBIHAN TERAPI SYAHADA, FATIHAH DAN QURSI INSYAALLAH SEGALA MASALAH ANDA AKAN PULIH...INSYAALLAH

RAWATAN AURA SERI

Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada pelanggan dan bahan-bahan aura seri.Khasiat rawatan aura seri ini ialah dapat menyingkirkan segala aura negatif pada badan,tenang fikiran,fokus pada kerjaya/bisnes menyerikan wajah,meringankan jodoh,menyembuhkan santau,sihir & saka.PELANGGAN YANG INGIN MENDAPATKAN RAWATAN INI BOLEH CALL ATAU SMS KE NOMBOR INI...
019-3757338 UST SHAH
019-6357684 UST DIN ( PEMBANTU )

MEMPELAJARI ILMU WARISAN MELAYU


KURSUS

Ilmu Bela Diri/Ibu Gayong 45minit Sahaja Seumur Hidup, Boleh Bersilat Secara Semulajadi, Aura Perisai, Pelangkah, Wirid, Pukulan Jarak Jauh ( Jurus ), Senjata Pakir, Dan
Lain-Lain....

Ilmu Perubatan Adirasa Maarifat, Asas, Lanjutan
Ilmu Urutan Tradisional Melayu Asas Dan Lanjutan



Warisan Pahlawan — Pahlawan Dahulu Seperti Dato Bahaman, Tok Kenali, Tok Janggut, Dato Laksamana Hang tuah

Ikhtiar Dengan Ilmunya Dan Dengan Kebesarannya
Allah Maha Berkuasa Atas Segala Ciptaanya....


.: BERUSAHA DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH ADALAH PRINSIP TAUHID. MENINGGALKAN USAHA DAN HANYA BERTAWAKAL KEPADA ALLAH ADALAH SEBUAH KEKELIRUAN DALAM MEMAHAMI SYARIAT, SEDANGKAN BERUSAHA SAJA TANPA TAWWAKAL KEPADA ALLAH ADALAH KEKELIRUAN DALAM HIDUP :.

“TIADALAH ALLAH MENURUNKAN  (MENJADIKAN) SESUATU PENYAKIT MELAINKAN ALLAH
MENURUNKAN UBATNYA “
( HR. AL-BUKHARI )

Barangan Mistik - Kesan dan Kaedah Membuangnya



Pemilik-pemilik barangan Mistik kekadang tak minat pun pada khadam-khadam yang mendiami barangan tersebut..Mereka cuma berminat kepada kesenian kepada keunikan barangan tersebut samada dari segi seni...kesukaran mendapatnya...kecantikan..kehalusan pertukangan...nilai dari segi sejarah dll sebab tersendiri.

Membuang khadam2 dan penjaga ni bukan semudah main buang kelaut atau baca ruqyah atau serapah atau rendam air yasin terus hilang....

a ) Khadam tak semestinya duduk dalam barangan tersebut.
b ) Khadam yang diikat atau di paksa duduk dalam barangan tersebut.
c ) Khadam yang datang menyibuk bila ada barangan mistik yang sudah kosong.
d ) Khadam berupa SAKA yang mendiami barangan.

Untuk membuang khadam2 tersebut perlulah di ketahui apakah jenis2 nya at least seperti di atas...Kalau tak nanti tebal bibir membaca Ruqyah...Khadam hilang sekejap datang balik..lepas tu terdetik dihati...tak power pun Al-Quran...lansung batal iman...Walhal kaedah tak betul. Umpama sakit kepala cek kat kepala lutut..kepala juga...

TANDA-TANDA MEMPUNYAI SAKA ATAU TERKENA SIHIR


· Sakit kepala selepas waktu asar keatas
· Badan terasa berat dan malas
· Sukar mendapat jodoh
· Badan terasa bisa-bisa
· Sakit ketikaziarah orang mati
· Sukar tidur malam
· Sakit pinggang tanpa sebab
· Sakit dada bila waktu asar
· Mimpi binatang berbisa
· Mimpi bayi atau menyusukan bayi
· Mimpi berada ditempat kotor
· Sakit anggota badan seperti kaki
· Terasa sesuatu bergerak bawah kulit
· Bayi kerap menangis
· Bunyi guli jatuh atas siling
· Suami isteri kerap bertengkar
· Saying melampau pada orang yang baru dikenali
· Malas beribadat
· Nyanyuk bila lanjut usia
· Panas baran
· Sikap berubah mendadak
· Suka melakukan tabi`at buruk
· Gelisah & panas ditengkok bila dengar bacaan AL-Quran
· Kerap sendawa
· Kerap keguguran
· Gagal melakukan hubungan kelamin
· Mengantuk bila dengar bacaan AL-Quran
· Bermimpi seram
· Keluar darah haid lebih 15 hari
· Batuk yang berpanjangan
· Kene tindih semasa tidur
· Kuat berangan
· Kurang keyakinan diri
· Rasa rendah diri
· Nafsu seksual melampau
· Sering melihat kelibat dirumah
· Mandul
· Sering mendengar bisikan
· Melihat jin secara terus
· Sakit mental
· Gila
· Dan sebagainya