Kadang-kadang
terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu
dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula
kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara
yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.
Berlakunya
perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia
disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian
manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air
panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan
makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan
hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita
jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan
tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang
keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan
kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah
perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada
mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah
dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada
mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan
tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka
melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau
bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat
kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di
tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.
Cara-Cara Masuknya Jin ke dalam Tubuh Manusia
Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan