Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-

A ) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.
Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
- Memakai baju dan seluar yang
bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok
bewarna hitam dan sebagainya.
- Memakai jubah. Kadangkala
bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan
raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat
dengan Jin Islam.
- Terdapat juga yang berpakaian
baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.
- Ada juga yang berambut panjang,
yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.
B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.
Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.

Suara dan
raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan
berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan
adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua.
Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah
dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia
akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya
ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat
cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "
C) Tanpa Menurun / Menyelap.
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-
- Dengan meletakkan air, limau
dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.
- Terdapat juga Tok Bomoh jenis
ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan
menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan
melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga
kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil
menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan
jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan
sebagainya.
D) Membelah Batin.
Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.

Sebenarnaya
kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan
syarat-syarat berikut, antaranya :-
- Tidak terikat dengan mana-mana
syarat daripada Khadam
- Tidak menggunakan Tanasukh
Aruah ( Menurun )
- Kelakuan yang tidak menyalahi
syarak ketika melakukan rawatan
- Perawat telah mantap pegangan
dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan